selamat datang
assalamualaikum...
terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi menjengah blog saya..
ini adalah sedikit kenangan terindah yang saya sematkan untuk tatapan saya sendiri..
saya hanya mampu mencipta blog yang indah ini untuk menggambarkan memori yang tak dapat diungkap dengan kata-kata...
segala pengalaman dan kenangan yang tercipta tidak dapat saya lupakan..
ia betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya..
semoga setiap apa yang saya lakukan diberkati dan diredhai Allah....
amin...
Mari menyusun
Seroja bunga seroja aaa
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan di manja aaa
Pujalah ia sekadar oo
Sekadar saja
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Lupakan saja
Asmara pada asmara
Lupakan saja
Asmara pada asmara
Mari menyusun
Seroja bunga seroja aaa
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan di manja aaaa
Pujalah ia sekadar oo
Sekadar saja
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Memdidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
kami sumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang janji
Tunai tetap kami tunaikan
Bunga 1: Contohilah serangga lebah yang hanya hinggap di atas bebunga yang sedang mekardan di ranting-ranting yang runcing.
Bunga 2: Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali-kali akan mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.
Bunga 3: Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda berasa takut? tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap
Bunga 4: Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri,sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja.
Bunga 5: Lakukan apa yang sepatutnyaanda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda.
Bunga 6: Jauhilah setiap tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan.
Bunga 7: Jadikanlah dirimu memakai akhlak yang mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.
Bunga 8: Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana-mana.
Bunga 9: Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli kepada sesiapa pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Bunga 10: Kesenangan dari sumber yang haram akanBmendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa.
Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.
Kuntum 2 : Prihatilah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia.Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan.Janganlah bawa kebencian, anda akan dihargai.
Kuntum 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menanti anda.
Kuntum 4: Bersikat optimislah dalam hidup dengan berbaiksangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.
Kuntum 6: Contohilah pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika di baling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.
Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanaya anda bersedih?
Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntum 9: Siramilah api kebenciaan anda dengan memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
Kuntum 10: Mandi, berwuduk, memakai wewangian, dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.
kenangan terindah