Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

selamat datang

assalamualaikum...
terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi menjengah blog saya..
ini adalah sedikit kenangan terindah yang saya sematkan untuk tatapan saya sendiri..
saya hanya mampu mencipta blog yang indah ini untuk menggambarkan memori yang tak dapat diungkap dengan kata-kata...
segala pengalaman dan kenangan yang tercipta tidak dapat saya lupakan..
ia betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya..
semoga setiap apa yang saya lakukan diberkati dan diredhai Allah....

amin...

Halwa telinga

Wednesday, November 11, 2009

KENANGAN DI BIP PANGKOR...

















Ya........!

Ya..........dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutuskan kasih sayang baginorang lain.

Ya..........dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syari'at dan menghapuskan semua rasa dengki.

Ya..........dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang kafir, mengeyangkan perut yang lapar.

Ya..........dengan kesediaanmu duduk bersama Al-Quran seraya membaca, menrenungi dan megamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya..........dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suke memperbaharui taubat.

Ya..........dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajar sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Ya..........dengan rasa malumu dan hijab yang duperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya..........dengan bertemankan bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengalaman agama, dan menghormati norma-norma etika.

Ya..........dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan meyantuni anak yatim.

Ya..........untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntutan.

Tuesday, November 10, 2009

sssyyyyoookkk....


kenangan terindah ku bersama-sama groupmate..
banyak kita pelajari di sini...
pengalaman dan semangat baru..
hongga....hongga......

Jangan bersedih......

Ku hadiahkan kepadamu....

Wahai wanita yang telah meredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhamad Shallallahu 'alaihi wasallam sebagai RasulNya.

Ku hadiahkan kepadamu....

Wahai wanita yang meniti jalan yang lurus dan membawa risalah kebenaran.

Ku hadiahkan kepadamu.....

Wahai murabbiyah (wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahnya, memelihara norma-norma dan membersihkan dirinya.

Ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa, menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi, dan yang menanamkan cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka.

Terakhir.......ku tujukan kepada setiap wanita yang dirundung kesusahan dan kesedihan......

Berbahagia dan bergembiralah dengan kemahaluasan yang begitu dekat, dengan bimbingan Allah, dengan keagungan pahala dan dengan pengampunan dosa.

Monday, November 9, 2009

MY LOVE

semoga impian kami menjadi kenyataan



SEROJA

Mari menyusun
Seroja bunga seroja aaa
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja

Rupa yang elok
Di manja jangan di manja aaa
Pujalah ia sekadar oo
Sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Lupakan saja
Asmara pada asmara
Lupakan saja
Asmara pada asmara

Mari menyusun
Seroja bunga seroja aaa
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja

Rupa yang elok
Di manja jangan di manja aaaa
Pujalah ia sekadar oo
Sekadar saja

IMPIANKU

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Memdidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
kami sumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang janji
Tunai tetap kami tunaikan

KARANGAN BUNGA

Bunga 1: Contohilah serangga lebah yang hanya hinggap di atas bebunga yang sedang mekardan di ranting-ranting yang runcing.

Bunga 2: Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali-kali akan mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.

Bunga 3: Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda berasa takut? tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap

Bunga 4: Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri,sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja.

Bunga 5: Lakukan apa yang sepatutnyaanda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda.

Bunga 6: Jauhilah setiap tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan.

Bunga 7: Jadikanlah dirimu memakai akhlak yang mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.

Bunga 8: Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana-mana.

Bunga 9: Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli kepada sesiapa pendengki dan orang yang suka mencari musuh.

Bunga 10: Kesenangan dari sumber yang haram akanBmendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa.

SEJAMBAK MAWAR

Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.

Kuntum 2 : Prihatilah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia.Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan.Janganlah bawa kebencian, anda akan dihargai.

Kuntum 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menanti anda.

Kuntum 4: Bersikat optimislah dalam hidup dengan berbaiksangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.

Kuntum 6: Contohilah pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika di baling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.

Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanaya anda bersedih?

Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.

Kuntum 9: Siramilah api kebenciaan anda dengan memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10: Mandi, berwuduk, memakai wewangian, dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.